Monday, January 5, 2009

Banjir datang lagi



Inilah aktiviti anak2 ketika banjir... tak pernah pun main banjir. Kebetulan bila pindah kedai ni...banjir dibelakang kedai..abah depa izinkan tulah boleh main banjir.






Naik bot tauke kedai sebelah ...nampak tak angah denganbot kecik dia... seronok gila depa hari tu...main banjir dari pagi sampai petang.













Wednesday, December 17, 2008

Aqiqah And Raya Haji 2008

Ini dia lembu yg dijadikan aqiqah baru2 ini... alhamdulillah selesai semua anak2 diaqiqahkan.


Ini pulak peminat2 kecil yan terngin turut berjasa pada hari tu... kelihatan yana, johan dan ayuni...

Aktiviti melapah kulit lembu... abah tunjuk skill bagaimana cara yg betul....


Ayah rie and tok ayah sebagai tukang masak.. esspecially ayah rie tukang masak kenduri bagi kampung sura.....


Ini lah orang2 kuat dalam menjayakan kenduri.... sempat makan tembikai walaupun daging belum masak lagi tu...


Kedatangan yang tak disangka2.... almaklumlah buat di resturant amar tomyam. jadi adalah yg tersalah singgah..

Gambar ibu sedang makan gear box... tapi strawnya tak ada.....


Banyak lagi yg nak dikongsi bersama... apa orang kata.. apa yang penting berkerjasama.. itulah yg diterapkan oleh org2 kampung macam kami ini... Meriahlah juga raya haji baru2 ini cox ada aaktiviti yg hendak dibuatnya... kalau tidak tahun2 terdahulu biasanya mengadap tv lah.... Kalau ada lagi aktiviti2 seperti ini jemputlah kami makan..he.he.. letih oooo.... buat bekwah ni..

Friday, December 12, 2008

Cantik tak gigi saya


Ini gambar abah and tok mi di hari raya ke3 nak balik ke kelantan.. singgah di kuala terngganu rumah pakcik.. tolong perabis kuih raya.. kesian tak ada orang datang... jadi kami satu family besar dari dungun datang menolong...

Kenangan di pagi raya puasa


Inilah satu-satu gambar kami sekeluarga yang ada .. sebelum ini tak ada nk belinya kamera cox kamera lama rosak jadi tak beli-beli lah lagi.... dapat bonus icharge hari tu ...mintaklah abahnya beli kamera nak simpan kenangan gambar anak-anak. Nanti bila besar takut tak ada kenanagan zaman kanak-kanak....

Husband Hensem


Hensem tak my husband... Taka apalah kalau tak hensempun. Alhamulillah setakat tak adalah bergolak atau perang besar dalam rumahtangga kami... Give and take... walaupun dah masuk 9 tahun kahwin... tapi masing-masing faham diri pasang...Kami berkahwin tanggal 13 January 2000...

Anakku sayang

Gambar anak2 ummi and abah.. ada 5 orang semuanya...2lelaki 3 perempuan... Semuanya cantik dan hensemkan



Gambar dirakam di sekolah menengah kandis kelantan.. selepas menziarah arwah tok yang baru meninggal pada 13 ramadhan kalau tak silap.... Al-Fatihah untuk roh tok mek wok semoga ditempat bersama2 orang yang beriman.. amin











Adik lukman ...nama penuh Muhammad Lukman Hakim Dilahirkan di Hospital Dungun jam 12.45 tengahhari pada 8 januari 2008. Adik terlalu manja... tak boleh dipisahkan dengan ummi.. cutekan gambar anak waktu depa tidurkan. sejuk perut ibu.Lukman belu tunjuk lagikenakalannya ,almaklum baru nak masuk 1 tahun next year....











Ini ateh @ Nuraini Afifah binti Mohd Yusof. Ateh suka bergambar dan macam2 gaya dibuatnya. Satu lagi setiap kali masuk toilet.. ateh pasti menyanyi... tah apa2 lagu... Ateh lahir di Hospital Dungun juga pada 22 September 2005. Tahun depan ateh kena pergi sekolah... banyak sangat tanya... tanyalah teacher nanti. ok..Ateh ni cerewet sikit orangnya... payah abang kakak nak memujuk.




Achik @ Nuraini Aqilah binti Mohd Yusof.. cantik tak. Bergaya dengan spek ummi katakan. Achik ni.. suka mengadu tetapi pendiam orangnya. Achik lahir pada 3 November 2003. Tahun depan achik kena jaga ateh dekat sekolah tadika. maklum ateh sekolah situ juga... Achik kiranya anak yg pandai juga masuk sekolah pasti masa umur 3 tahun 1 bulan. Sekarang dah boleh membaca dan mengira.. laju sikit pada abangnya.




Angah @ Muhammad Badrul Amin . Tahun darjah 1, sekolah sama dengan kak long (SEKOLAH BERSEPADU ZAINAL ABIDIN). Angah nakal orangnya dan suka menyekat adik2nya. Tapi manjanya ...tuhan aje yang tahu. Kalau ada yang kenakan dia... menangislah . Angah birthdaynya sama dengan ummi iaitu pada 23 Mac 2002. Besar nanti jangan lupa birthday ummi sudahlah..... Kena'operation' masa lahirkan angah cox bergerak lagi masa nak lahir...nakal katakan Bersalin di Hospital Kuala Terengganu.




Kak long @Nuraini Athirah Binti Mohd Yusof. Along keras orangnya....tapi bertanggungjawab. Amanah yang diberi... terutama bab menjaga adik pasti dilakunya dengan baik.. Bab makan nomber 1. Tiada yg dapat lawan.. Along lahir di Hospital Dungun pada 24 januari 2001. Hari raya cina hari tu.... Adik2 mesti respect along.. kak long kalau nak nasihat kena slow talk and cerita dosa pahala baru dia dengar... Ummi dan Abah cuma mengharap anak2 kami insan yang berguna terutama pada agama... biarlah ummi dan abah susah sekarang.. tapi didikan agama no1 untuk kauorang. Tu yang pergi hantar sekolah agama kecil2 lagi. Besar nanti jangan tersilap langkah sudah....

Tuesday, December 9, 2008

Salam perkenalan



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat yang bukan beragama Islam. Hari ini saya punya kelapangan masa untuk update saya punya blog. Itupun taklah banyak sangat masanya. Blog ini pun emergency belajar dengan kakak masa balik raya haji baru-baru ini. Kalau lintang pukang sikit maaflah.... baru bertatih orang kata.. INi gambar family saya... atas tu gambar Ateh anak yang ke 4 tak dapat nak delete....Masih tak dapatlah. Payah dah kalau buta it.....